Tuesday, November 24, 2009

SADAQAH JARIAH

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan,
pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.



1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca,
Anda mendapatkan hasanah.


2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit
menggunakannya, Anda dapat hasanah


3. bagi bacaan yang membangunkan/menyedarkan seseorang.


4. Bantu pendidikan seorang anak.


5. A jarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan
do'a itu, Anda dapat hasanah.


6. Bagi CD Quran atau Do'a.


7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.


8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.


9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang
berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.


10. Berikan cerita ini pada orang lain. Jika
seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda
dapat hasanah sampai hari Qiamat.

aminnnnnn...

Saturday, November 14, 2009

KISAH SEORANG GURU

Baru- baru ni saya terbaca satu kisah seorang guru. Sedih gile....

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

ORANG KATA AKU NI......

Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja


Mmmmm, ada betul ke???? Hahahahahaha lawak gile...

Sunday, November 8, 2009

INSYA ALLAH

Sejak dari kecil kita dah diajar bila nak buat atau janji sesuatu sebutle INSYA ALLAH. Kita berharap apabila sebut macam itu Allah akan izinkan atau permudahkan segala urusan kita. Malangnya, hari ini perkatan tersebut dijadikan alasan untuk tidak menunaikan janji. Sekarang ni, bila kawan berjanji sesama kawan, suami berjanji dengan isteri mahupun pelajar berjanji dengan guru, bila sebut je INSYA ALLAH maknanya janji tidak akan ditunaikan. Seolah-olah sebutan INSYA ALLAH dijadikan sebagai satu penolakan secara halus sesuatu janji itu. Pernah seorang rakan saya yang bukan Islam mengatakan apa yang dia faham apabila rakan islam menyebut INSYA ALLAH maka tak jadilah apa yang dirancang atau dijanjikan.

Ini amatlah mendukacitakan kerana seolah-olah perkataan tersebut dipermainkan. Mengapa lah bermain-main dengan nama Allah. Sebenarnya seseorang muslim wajib menunaikan janji bila berjanji. Hanya sebenarnya apabila ada sesuatu urusan atau halangan barulah diizinkan untuk tidak berbuat sesuatu yang telah dijanjikan. Maaf juga perlu dipinta. Sememangnya kita tidak mampu menahan atau menghalang apa yang Allah telah tetapkan. Tapi, sekiranya sedari awal lagi telah diketahui kita tidak mampu hadir atau buat, lebih baik berterus teranglah. Janganlah mengharapkan rakan akan faham bila kita tidak hadir kerana kita dah sebut INSYA ALLAH. Perbetulkan persepsi kita orang Islam dan janganlah kita menjadi penyebab orang bukan Islam memandang negatif kepada ISLAM.

Selepas ini, bila kita berjanji sebutlah INSYA ALLAH dan tunaikanlah. Dapat pahala dan tidaklah kita sombong dengan kekuatan yang kita ada. Sesuailah dengan perintah Allah yang berbunyi....

QS.18:23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu:
"Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi,
18:24. kecuali: "INSYA ALLAH". Dan
ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah:
"Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada
yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini."

Wallahualam....

Saturday, November 7, 2009

TUNTUT ELAUN AJAR BM

Hari ni terbaca satu cerita dalam TUTOR cerita tentang guru yang menuntut BISP bagi subjek Bahasa Malaysia. Begini petikan berita tersebut:

Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk guru mata pelajaran Bahasa Malaysia pula dituntut oleh golongan guru semasa sesi dialog sempena majlis Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.



Thursday, November 5, 2009

KE MANA SELEPAS SPM

Bersama ini disertakan borang-borang selepas SPM. Sila ambil link ke tempat yang anda mahu.

MARA Scholarship Programs
http://www.mara. gov.my/english/ division/ BPP/default. htm

Yayasan Proton Scholarship
http://www.malaysia -scholarship. com/yproton. html

PTPTN Education Loan
http://ptptn. gov.my/

The Star Education Fund
http://thestar. com.my/edufund

Astro Scholarship Award
http://www.astro. com.my/v5/ astrolife/ scholarship/

PETRONAS Education Scholarship Programs
http://esu-spmtrial .petronas. com.my/

2007 MNRB Scholarship Fund
http://www.mnrb. com.my/

OCBC Bank Scholarship
http://www.ocbc. com.my/global/ aboutOCBC/ Gco_Abt_Communit y.shtm

Bank Negara Scholarship
http://www.bnm. gov.my/

ABM 50th Merdeka Scholarship
http://www.abm. org.my/

Curtin Sarawak Scholarship
http://www.curtin. edu.my/

The University of Nottingham Malaysia Campus High Achievers Scholarships
http://www.nottingh am.edu.my/ students/ MISC/High% 20Achievers% 20Scholarship% 202006-July06. pdf

HELP University College
http://www.help. edu.my/scholarsh ips/index. php

Adelaide Achiever Scholarships International (AASI)
http://www.internat ional.adelaide. edu.au/future/ scholarships/ ug/

Curtin University of Technology Scholarship
http://www.emaac. org/

Charles Darwin University Scholarship
http://www.malaysia -scholarship. com/www.cdu. edu.au/engineeri ng/scholarships_ ug_int_eng. htm

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships
http://www.disted. edu.my/

Leeds University Scholarships
http://scholarships .leeds.ac. uk/

Loughborough University Human Science Scholarships
http://www.lboro. ac.uk/

MAAC Scholarship - La Trobe University 2006
http://www.latrobe. edu.au/internati onal/courses/ ug.html

NUS / Asean Undergraduate Scholarship
http://www.nus. edu.sg/admission s/undergrad/ scholarship/ nus_asean. htm

UCL Pathfinder Scholarships
http://www.ucl. ac.uk/

University of Sheffield Scholarship
http://www.shef. ac.uk/malaysia/ entry.html

UTAR Scholarships
http://www.utar. edu.my/

Nanyang Technological University Scholarship
http://www.ntu. edu.sg/oad/ scholarships/ nanyang.htm

Tasmanian International Scholarships
http://www.internat ional.utas. edu.au/documents /internationalAp plication. pdf

University of Malaya Fellowship Scheme
http://ips.um. edu.my/

Universiti Malaysia Sarawak Scholarship
http://www.unimas. my/

King Abdullah University of Science and Technology (KAUST Discovery Scholarship)
http://apply. embark.com/ kaust/discovery/

Universiti Malaysia Sabah Scholarship
http://www.ums. edu.my/pasca


Tuesday, October 20, 2009

NUR KASIH

Tadi ada dengar beberpa orang pelajar sembang2 pasal cerita Nur Kasih kat TV. Dah dekat nak exam dah ni.., he...Orang rumah pun minat cerita ni. Terganggu aktiviti lain sebab cerita ni. Kekawan kat pejabat pun tahu gak cerita ni. So, saya ringkaskan cerita ni sampai habis supaya tak ramai lagi orang yang buang masa tgk cerita ni. Tengok nak tahu kesudahannya kan. So lepas dah tahu cerita ni jgn buang masa lagi ya.... Ok, ceritanya begini....

Episode 1

Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam.
Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar dan pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina.

Episode 2

Pandangan Aidil dan Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya. Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid. Melihat bapanya, Aidil sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bicara. Hubungannya dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya dia mempunyai ciri isteri mithali. Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur Amina sebagai isteri kepada Adam.

Episode 3

Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan. Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di sampingnya. Upacara perkahwinan Adam dan Nur berlangsung, dalam sekelip mata tiga hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahukan meneruskan pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.

Episode 4

Malam pertama Adam dan Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan kecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak dan cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual kuih kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelamatkannya. Aidil tidak dapat tidur terdengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur. Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai “lakonan” ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insane yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. Ustaz Hassan akhirnya
meninggal dunia.

Episode 5

Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengar perbualan itu. Adam masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan ucapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Bila Ibu menanyakan Nur,
Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan teruskan hidupnya mengharapkan cinta yang tidak tiba.

Episode 6

Di Australia, Katrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam. Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan mulakan hidup baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar. Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.

Episode 7

Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya. Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia melupakannya dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa untuk berterus-terang dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya yang sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.

Episode 8

Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia akhirnya tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan Aidil cuba menghubungi Adam untuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak bertali ini tapi Adam tidak dapat dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.

Episode 9

Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Adil tidak buka pesanan tersebut hingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut, Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya pada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu Adam menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke kampong ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.

Episode 10

Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang dia memerlukan Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru, tetapi Aidil nasihati untuk megikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka dan rasa cemburu menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima Adam. Dia sudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini
tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia akan berjumpa dengan keluarga Adam.

Episode 11

Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang. Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru di sebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.

Episode 12

Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam. Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur, Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.

Episode 13

Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak Hati Nur yang dulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL. Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan lain? Adam berterus-terang yang Nur itu isteri pertamanya. Katrina rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri meninggalkan Adam.

Episode 14

Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia. Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam. Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur, sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.

Episode 15

Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis. Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.

Episode 16

Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan
mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia menamatkan suratnya dengan sebuah doa.

Episode 17

Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Aminayang sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, tapi Nur kata dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampong bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam pertama mereka dalam erti kata sebenar.

Episode 18

Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis. Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak diundang.. Katrina.

Episode 19

Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina
menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.

Episode 20

Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur. Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan
dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang.

Episode 21

Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepadaNya..

Episode 22

Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya. Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka, Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga. Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum sendiri.

Episode 23

Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan sebagai hilang.

Episode 24

6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur, Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal, kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi, sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak
sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.

Episode 25

Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu. Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata. Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisaidan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia. Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.

Episode 26 (AKHIR)

Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliyadan Nur menggeleng perlahan. Nur membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar, Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur.. dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.


Saturday, October 17, 2009

AMALAN NAK SAMBUT 'BABY'

Bagi kekawan yang dah nak sambut 'orang baru', kat sini saya nak berkongsi ilmu menyambut 'orang baru' ni sejurus dilahirkan.

1. Azan ditelinga kanan.

2. Iqamat ditelinga kiri.

3. Baca surah al-Qadr ditelinga kanan.(supaya anak jauh dari zina)

4. Baca surah al-Ikhlas ditelinga kiri.

5. Tahnikkan- letakkan sedikit madu pada jari manis dan baca surah al-Insyirah dan tiup pada madu dijari kemudian masukkan jari kemulut bayi dilelangitnya.

6. baca lagi al-Insyirah dan tiup pada ubun2 bayi.

7. baca 3 Qul dan tiup dari kepala bayi hingga ke kaki.

Tuesday, October 6, 2009

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2009

Kepada kawan-kawan yang nakkan soalan percubaan SPM negeri2 lain, saya cadangkan ke alamat dibawah ni. Boleh download dari sini je. MACAM-MACAM ADA......

http://koleksisoalan.blogspot.com/2009/09/percubaan-spm-negeri-2009.html

Sunday, September 27, 2009

ANDA RATU / RAJA MENGANTUK?

Anda seorang pelajar. Anda sering mengantuk sebaik memulakan membaca. Anda juga sering tertidur waktu kuliah.

Anda seorang eksekutif di pejabat. Anda sering tersengguk-sengguk di meja.

Anda juga sering tertidur waktu berdiskusi dengan pelanggan. Apa lagi ketika menonton TV, membaca akhbar atau dalam bas atau pesawat (kecuali anda memang merancang untuk berehat dalam perjalanan yang jauh).

Bagaimana anda ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh orang lain? Amat tidak menasabah anda tidur dalam keadaan orang itu bersusah payah memandu. Jika anda sendiri yang memandu dan anda tertidur selama 3 saat, anda mengundang maut.

JADI BAGAIMANA MENGATASI MENGANTUK?

1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga 8 jam. Ini bermakna anda kerugian 3 jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian 3 tahun!

2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan di sebelah petang, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu Zohor (tidur Qailullah - ini sunah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur malam.

3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja:
a) Kerja utama.
b) Kerja sokongan yang aktif.

Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
a) Mencari rujukan.
b) Menyusun fail atau data.
c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
d) Mencari bahan dari Internet.

4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.
c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.

5. Buat secawan kopi panas.

6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.

7. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit).

8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan.

IBU MENGELAKKAN MENGANTUK

Tanamkan motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemelang. Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Seolah-olah anda tidak ada masa untuk berpaling ke kiri dan ke kanan. Lakukan banyak item dalam masa yang singkat.

MAKANAN YANG MENYEBABKAN MENGANTUK

1. Makan pagi yang berat seperti nasi (makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti ke sawah atau ke ladang).
2. Nasi pulut.
3. Makan tengah hari yang berat.

MAKAN PAGI UNTUK MENGELAKKAN MENGANTUK


1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
2. Fresh orange.
3. Buah-buahan.
4. Air mineral.
5. Susu memeberi anda tenaga.

MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA KULIAH ATAU DISKUSI

1. Fokus.
2. Masukkan minat yang mendalam.
3. Catat menggunakan peta minda.
4. Pastikan anda mendengar dengan jelas.
5. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
6. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.

MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA DALAM KERETA

1. Mulakan topik perbualan atau perbincangan.
2. Kenali semua orang di dalam kereta tersebut.
3. Pandang jauh keluar.
4. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
5. Elakkan membaca ketika di dalam kereta.
6. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda. Mengapa anda tidak membelanjakan sedikit wang untuk membeli CD motivasi oleh motivator antarabangsa.
7. Anda boleh menghafal al-Quran menggunakan CD berkaitan.
8. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.

ANDA MASIH MENGANTUK?

Itulah kelemahan makhluk manusia berbanding malaikat yang tidak pernah mengantuk dari mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah mengantuk dan letih dalam menarik matahari dan bulan mengikut orbit peredarannya.

Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk dari menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.

Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!Oleh itu, PEGI LE TIDOOOO

Wednesday, September 9, 2009

ESOK BILA AYAH PERGI

Anak-anak ayah

Dengar betu-betul pesan ayah

Lepas ni tak boleh cakap dah

Apabila kelu mulut dan lidah


Sekiranya esok ayah pegi

Jangan le anak ayah tangisi

Tapi kalau sedih di sanubari

Itu tanda anak ayah tetap dihati


Nabi dulupun sedih juga

Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga

Tapi jangan nangis lama sangat

Banyak benda anak ayah kena buat


Sedih lama sangat ayah tak mahu

Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu

Ayah nak jumpa Dia

Ayah menyahut seruan Nya


Mula-mula sekali

Pasal solat sudahlah pasti

Kena buat setiap hari

Jangan abaikan walau sekali


Anak-anak ayah kena janji

Kena jaga diri sendiri

Ayah serahkan anak-anak pada Allah

Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah


Anak-anak ayah

Mama tu kena le dijaga

Waktu susah waktu selesa

Selama ni dia dah berjaga

Membesarkan kamu semua


Kata-kata mama jangan dilawan

Ayah tak de nak dibuat kawan

Lagi satu ayah nak pesan

Mama nak kahwin sila izinkan


Bila ayah dah pergi

Ayah dah tak de sapa-sapa

Kalau anak-anak ayah sudi

Doa-doakan ayah kat sana


Kalau anak-anak ayah simpati

Kirim-kirimlah fatihah

kalau ayah dekat dihati

Rajin-rajinlah bersedekah


Bukannya apa

Ayah dah tak de apa

Amal pun tak seberapa

Dosa yang bertimpa-timpa


Doa-doakanlah ayah

Semoga Allah tak marah

Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah

Soal jawab diharap mudah


Anak-anak ayah dah tahu dah

Ayah nak anak-anak ayah

Jadi hafiz dan hafizah

Jangan hampakan harapan ayah


Nanti bila ayah dah pergi

Anak-anak ayah jangan kelahi

Harta dunia ni macam daki

Semua orang boleh cari

Yang ada tu pakat le kongsi


Amalan setiap malam jangan dilupa

Surah Al Mulk Sejadah selalule baca

Solat malam diteruskan juga

Walau terpaksa bersengkang mata


Al quran dan Sunnah jadi panduan

Ayah ingatkan sebagai bekalan

Tinggalan oleh Rasul junjungan

Buat umat sepanjang zaman


Kawan-kawan ayah tolong beritahukan

Orang bawahan orang atasan

Segala silap tolong maafkan

Maklum le ayahkan Cuma insan


Hutang ayah tolong selesaikan

Guna duit ayah dalam simpanan

Yang baki tu bahagi2kan

Untuk yg hidup jadi bekalan


Ingat le anak-anak ayah nak kata

Pesan ni mesti dikota

Hidup jangan bersengketa

barulah kita tidak derita


Sekian saja pesanan ini

Untuk yang hidup dari yang mati

Ayah ni jangan dilupai

Lawatlah ayah jengukle sesekali


Di pusara ayah menanti

Amal sedikit temani diri

Wasiat ayah sila turuti

Supaya hidup bahagialah diri


p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..

Monday, September 7, 2009

Berbuka Puasa ngan Ismail Kamus



Baru ni temankan adik ke Darusssalam Gombak untuk majlis berbuka puasa ngan Dato' Ismail Kamus. Ya le, hari tu dah kecoh2 orang kata dia meninggal, rupanya meninggalkan Malaysia je pi buat Umrah.

Program bermula seawal 6.00 petang. Dimulakan dengan pengijazahan Hizib Bahrr oleh Dato'. Sempat le bersalaman dengan Dato'. Masa tu terdengar satu suara kat belakang "aku pun nak salam gak dengan arwah ni". Cis, ada ke patut. Tapi Dato' senyum je. Ya la, sesekali kena gak usik.

Program berjalan lancar. Selepas tu kami berbuka bersama-sama. Sembahyang maghrib dan isya' serta tarawikh sama-sama. akhir sekali sempat le dengar tazkirah ringkas dari Ustaz.

Rakaman Hizib Bahar Al-Imam As-Syazili
http://www.mediafire.com/download.php?z5nomjyzmmy

Rakaman Tazkirah Ramadhan
http://www.mediafire.com/download.php?jdjqmwnzznn

Friday, September 4, 2009

Hadiahku

Ya Allah, Ku hadiahkan Fatihah ini buat diri ini, roh ini, jasad ini, jiwa ini, fikiran ini, perasaan ini semoga sentiasa mentaati segala SuruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu, mendapat keampunan dan keredhaanMu, beroleh ketenangan di dalam lautan Rahman dan RahimMu

Ku hadiahkan juga Fatihah ini Buat Rasulku Muhammad yang ku rindui, semoga aku sentiasa dapat mengikut sunnahnya dan terpilih dalam golongan mereka yang mendapat Syafaat dari nya di akhirat sana.

Tidak lupa ku hadiahkan fatihah ini buat buah hatiku, ibu bapaku yang dikasihi semoga sentiasa dilindungi Allah, dikumpulkan bersama mereka yang solihin dan sentiasa dalam keampunanMu

Fatihah ini buat semua Guruku yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, semoga sentiasa dalam taufik dan hidayahMu, mendapat tempat di sampingMu dan beroleh pahala ganjaran dariMu

YaAllah, Hadiah fatihah ini dariku buat ahli keluargaku, saudara maraku, sahabat handaiku dan mereka yang bersamaku semoga sentiasa didalam bimbinganMu, peliharaanMu dan Kasih sayangMu

Hadiah Fatihah dariku buat semua wali2 Allah, alim2 ulama', para syuhada, semoga aku sentiasa tenang bersama mereka.

Ku hadiahkan Fatihah buat semua muslimin dan muslimat, mereka yang mengenaliku, baik yang mengasihiku mahupun yang membenciku, yang mendekatiku ataupun yamg menjauhiku agar sentiasa kami saling sayang menyayangi keranaMu.

AL FATIHAH...

Saturday, August 29, 2009

BILA DIRI DISAYANGI

Ibnu Al Qayim (rahimullah) berkata : “Hal-hal yang menyebabkan cinta Allah SWT kepada hambanya


PeRTaMa
Membaca Qur’an, merefleksikan dan mengerti kandungan dan maknanya.

KeDuA
Mendekati Allah SWT, melalui ibadah-ibadah pilihan, setelah memenuhi ibadah wajib.

KeTiGa
Secara terus-menerus dalam zikir [ingat] kepada Allah SWT, dengan lidah, hati dan jiwanya, dalam segala keadaan.
Semakin istiqamah berzikir, semakin berkembang dan mendalam rasa cinta itu.

KeEmPaT
Memberikan lebih dahulu apa yang Allah cintai di atas cinta pribadi, ketika diri dikuasai oleh keinginan diri.

KeLiMa
Mengenali dan mengingat pemberian dan kenikmatan yang Allah SWT berikan baik yang terang maupun yang bersifat tersembunyi [tak nampak mata].

KeEnAm
Menjadi rendah hati dan taat di hadapan Allah SWT, dan ini hal yang paling penting.

KeTuJuH
Membaca Qur’an, selama waktu dimana Allah SWT Turun ke surga terendah [yaitu saat sepertiga malam terakhir], menyelesaikan bacaan Qur’an ini dengan memohon ampunan dariNya dan tafakur pada Allah SWT.

KeLaPaN
Duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah SWT dengan tulus hati, rauplah manisnya buah dari pembicaraan mereka, dan tidak bicara kecuali ada manfaat di dalamnya, dan bahwa engkau tahu pembicaraan itu akan meningkatkanmu dalam kebaikan dan akan bermanfaat bagi orang lain.

KeSemBiLan
Menjauhi seluruh sebab yang menjadikan kalbumu jauh dari Allah SWT, Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

Bersama-samalah kita mendapatkan kasih saying Nya .

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

(korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Monday, August 24, 2009

NAFSU OH NAFSU

Masuk hari ni dah 3 hari dah ko kena belasah. Sebentar tadi je, ko terlentang bila nak ajak aku keluar membeli belah. Siap terpandang ayam golek pusing lagi. Tiap kali ada je rasa teringin, sori le aku nak ikut ko. Aku akan lawan habis-habisan. Masa ni le ko lemah. Bila malam ko dah agak kuat sedikit. Tapi aku tak beri langsung ko peluang. Ku pijak2 ko dengan sembahyang jemaah, tarawikh dan tahjud. Ku tenyeh2 ko dengan tadarus Quran. Aku gelek ko selumat-lumatnya dengan tazkirah ramadhan. Tapi semalam ko kalahkan aku. Tak susah pun aku ko kalahkan. Dengan makanan ko gagal. Dengan gunakan perempuan cantik dan seksi pun ko tumpas(aku tak keluar rumahpun). Aku tumpas tadi malam dengan cerita di televisyen. Cis, tah apa2 le. Perjuangan mesti diteruskan. Aku akan kalahkan ko. Aku akan pastikan wujudnya ko ikut keperluan saja. Bantulah aku Ya Allah....

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI

Sedar tak sedar, esok dah nak puasa. Malam nanti kena le bangun sahur. Boleh ke nak bangun bersahur nanti ni. Kalau masa zaman jahiliah dulu, punye le malas nak bangun. Ada pulak kawan tu cadangkan bawa kurma ke tempat tidur waktu nak tidur. Jadi bila tersedar nanti terus le niat sahur dan makan kurma tu tanpa perlu bangun dari tempat tidur. Tak tahu le nak kategorikan macam mana sahur tu. Dari satu segi dapat le niat dan konon2nya bersahur. Dari satu sudut yang lain pulak, punye le tak senonoh makan kurma tu tanpa berkumur dan berus gigi lagi. Cis!!!!

Ada pulak kawan tu yang tak tido2 sampai waktu sahur. Macam2 benda yang dibuat sambil nak tunggu waktu sahur. Kebanyakannya, aktiviti2 santai le. Nak kata baca Quran, berzikir jauh sekali. Yang buat perangai macam ni biasanye akan tido lepas sahur. Sekali lagi kemungkaran akan berlaku. Puak ni biasanya tak sembahyang subuh. Aktiviti di siang hari adalah tidur dan tidur. Kat rumah tido, kat tempat keje tido, masa tido pun tido, ahak2.

Apapun zaman tu dah berlalu. Tahun ni nak buat yang terbaik. Manale tahu kut2 Ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir (macam dalam satu nasyid tu). Bercita-cita tak nak tinggalkan tarawikh. Berazam akan sembahyang malam sepanjang bulan puasa. Berniat akan tadarus Quran dengan istikhamah. Berharap akan banyak bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Merayu kepada diri sendiri, isteri dan anak2 supaya lebih berjimat cermat. Berdoa agar diberi kekuatan untuk beriktikaf di masjid terutama untuk 10 hari terakhir. Dan akan melakukan sebanyak mungkin perkara-perkara sunat.(Eh lupa lak, tak nak tinggalkan puasa, ahak2). Semua itu dengan izin Allah le jua.

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Berilah kekuatan kepadaku, anak isteriku, saudara maraku, sahabat handaiku dan semua muslimin muslimat untuk mentaati perintahMu dan meninggalkan laranganMU. Jadikanlah ramadhan kami kali ini lebih baik dari ramadhan yang terdahulu. Kasihani lah kami...Bantulah kami..Terimalah segala amalan kami. Kumpulkanlah kami bersama hamba-hambaMu yang soleh didunia dan akhirat. Pertemukanlah kami dengan Malam Lailatul Qadar, Ya Allah....Pilihlah kami termasuk hamba-hambaMu yang bertemu dengan malam itu. Ya Allah...Terimalah taubat kami. Ya Rahman...,. Permudahkanlah segala urusan kami ,Ya Rahim..., kasihilah kami di dunia dan akhirat. Amin, amin Ya Rabbal A'lamin....

Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang DiperintahNya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah...
Dengan RahmatMu Oh Tuhanku...
Ku Tempuh Jua

Tuesday, August 18, 2009

IKAN TONGKOL


Tadi sempat tengok sekejap program motivasi oleh Dr Malik dari SSTC (Smart Success Consultants). Program ni agak menarik dan penuh dengan pengisian yang agak menarik. Saya sendiri agak tertarik dengan beberpa kaedah yang beliau tunjukkan. Selepas habis program, kami sempatlah bertukar pendapat dan berkongsi idea bagaimana nak meningkatkan pencapaian anak-anak.

Beliau mengesyorkan agar saya memastikan sumber makanan mereka. Pastikan makanan anak-anak bukan saja halal tetapi berkhasiat. Banyakkan makan ikan tongkol, air soya, jus mengkudu, tempe dan lain-lain makanan berkhasiat. Ajak anak-anak sembahyang malam dan banyak bermohon dengan Allah. Selain itu, galakkan anak-anak belajar dengan kaedah yang mereka suka.

Ikan tongkol dikatakan mempunyai kandungan omega 3 yang banyak . Bahkan pertumbuhan sel otak manusia sangat tergantung pada kadar omega 3 secara cukup sejak bayi dalam kandungan sampai dewasa. Bila pada masa tersebut cukup tersedia omega 3 maka anak tersebut akan tumbuh dengan potensi kecerdasan maksima. Karena alasan itu, sejak ibu hamil perlu makan ikan dalam jumlah cukup sampai bayi yang dikandungnya lahir. (Kawan-kawan yang pregnant tu elok le makan bebanyak. Yang mengandung forever pun boleh le jugak makan, ahak2)

Minyak ikan tongkol (dan kebanyakan ikan) juga mempunyai kelebihan dan keunikan terutama pada kes kadar lemak darah tinggi yaitu boleh menurunkan lemak darah tersebut. Selain ikan bermanfaat untuk kesihatan jantung, ikan juga mengandung kalori rendah dan sesuai bagi mereka yang sedang mengikuti program diet.

Ayah dan Ibu

Puasa semakin hampir. Teringat le pulak pada mak dan ayah tercinta. Bukannya apa, biasanya kami akan sama-sama sambut puasa. Pada petang tu, kami akan berkumpul beramai-ramai. Emak akan masak rendang ayam. Ayah dan anak2 lelaki duduk bersama. Banyak perkara yang kami bincangkan. Tetapi suasana ini cuma tinggal kenangan. Tahun lepas, kami berkumpul kat rumah Yang Ana. Cadangnya tahun ni, mungkin kumpul kat rumah adik Ida.

Dah nak sambut puasa ni, elok le kita bermaaf-maafan. Saya mengharapkan supaya mak dan ayah sentiasa memaafkan saya terutama sekali sebelum mereka meninggal dunia. Saya meminta supaya isteri tercinta sentiasa memaafkan saya juga atas segala kesilapan zair dan batin. Di kesempatan ini merayu agar siapa saja yang saya pernah terkasar dan berdosa terhadap mereka dapat memaafkan segala kesilapan saya itu.

Saturday, August 15, 2009

DI MANA KO GULA....




Sekarang kita kecoh lagi pasal gula. Gula habis! Gula Tiada! Macam le gula tu kena dapatkan dari negara Teluk. tahun lepas pun dah kecoh. Yang herannya, lepas je harga gula naik tiba-tiba je gula banyak di pasaran. Mungkin hujan gula agaknya bila harga naik. Lepas tu, semua orang lupa pasal gula ni. Ialah, melayu mudah lupa.

Apa masalah sebenar dengan gula ni. Peliknya, gula akan habis di pasaran bila hampir ramadhan. Macam le orang Islam ni makan gula untuk berbuka dan bersahur. Yalah, bukan puasa lagipun. Siapa yang control gula di pasaran. Kalau mengikut satu pendapat, 90% pembekalan bahan runcit dikuasai oleh bukan Islam. So what? Mana perginya gula yang ada di pasaran sebelum ni. Sebulat hati sungguh mereka untuk tak nak jual gula tu banyak2. Yang herannya, tiap-tiap tahun menteri beritahu akan ambil tindakan tegas. Mana tindakannya? Pengguna juga yang tanggung akibat. Dah tahu kena buli pun, pengguna cepat sangat panik. Mintak beli gula banyak-banyak.Kalau ikut dalam piramid makanan tu, bukan perlu banyak sangat pun. So, nak buat apa? OOO, ubat kencing manis...


Orang Islam kena buat sesuatu. Tak kira le parti apapun, nampak bodoh sangat semuanya. Pasal gula pun dah tak boleh nak uruskan. Cakap pasal kehebatan memerintah. Selesaikan le cepat. Yang konon-kononnya hebat bila belum memerintah ni, tunjukle skill macam mana nak selesaikan masalah gula ni. Bertindak le ataupun bagi le cadangan, bukannya dok komplen je. Tak kira le pejuang bangsa ke, pengkhianat ke, ulama' ke, menteri besar ke, speaker ke, bagile penyelesaian dalam hal gula ni saja. Baru le betul hebat. Tak kan le hal gula ni hal kecik kut. Cakap berjuang untuk rakyat. Kata diri tu hebat sangat. Haaa, selesaikan. Yang dok mintak hak sama rata tu pun sama. Baru control GULA dah 'manipulate' habis-habisan. Macam mana orang nak percaya kalau puak ni dapat control negara. Mungkin, manipulasi habis-habisan le kan. Peduli ape, janji puak kau orang yang kenyang. Haa, ni betul punya mengarut dah ni. Kalau nak pulaukan gula pun masalah juga. Nanti kalau kurang gula dalam badan....
Yang penting kalau tak de gula pun tak kan le tak boleh manis pada senyuman, kan.. kan...(macam dalam nasyid Raihan tu)

Lepas tu bila dengar le pulak cerita nak buat gula ni , sebagaimana diceritakan oleh orang yang tau benar pasal proses penghasilan gula di Chuping, Perlis sebab dia terlibat secara langsung (p.s cerita ini perlu diselidiki kebenarannya). Kata orang tu, apabila cukup setahun, maka ladang tebu tu akan dibakar. Selesai dibakar, maka jentolak-jentolak pun akan menyodok batang-batang tebu tu. Ceritanya di sini, sebagaimana hampa tau, ladang tebu tu macam hutan rimba jugak la, dihuni oleh segala macam menatang termasuk ular. Kawasan semak la katakan. Apabila dibakar, mana-mana menatang hat tak dan lari tu akan rentung sama. Bangkai-bangkai menatang ni la yang akan disodok bersama-sama batang-batang tebu tu untuk diproses menjadi gula. Katanya lagi, air gula yang terhasil pada peringkat pertama cukup hitam dan kotor, macam air acar (bukan acar hat lauk kenduri tu, hat tu sedap, acar ni kira macam perlimbahan la, macam air parit longkang). Walaupun gula yang kita guna la ni gula putih, tapi kandungan dia dah tentu tak suci sebab dah sebati dengan zat-zat bangkai menatang tu.

Patut la hati gelap semacam saja, doa pun macam tertahan-tahan nak dimakbulkan. Ada harapan lagi ka nak dapat makanan sesuci makanan budak-budak tahfiz?