Ada pulak kawan tu yang tak tido2 sampai waktu sahur. Macam2 benda yang dibuat sambil nak tunggu waktu sahur. Kebanyakannya, aktiviti2 santai le. Nak kata baca Quran, berzikir jauh sekali. Yang buat perangai macam ni biasanye akan tido lepas sahur. Sekali lagi kemungkaran akan berlaku. Puak ni biasanya tak sembahyang subuh. Aktiviti di siang hari adalah tidur dan tidur. Kat rumah tido, kat tempat keje tido, masa tido pun tido, ahak2.
Apapun zaman tu dah berlalu. Tahun ni nak buat yang terbaik. Manale tahu kut2 Ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir (macam dalam satu nasyid tu). Bercita-cita tak nak tinggalkan tarawikh. Berazam akan sembahyang malam sepanjang bulan puasa. Berniat akan tadarus Quran dengan istikhamah. Berharap akan banyak bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Merayu kepada diri sendiri, isteri dan anak2 supaya lebih berjimat cermat. Berdoa agar diberi kekuatan untuk beriktikaf di masjid terutama untuk 10 hari terakhir. Dan akan melakukan sebanyak mungkin perkara-perkara sunat.(Eh lupa lak, tak nak tinggalkan puasa, ahak2). Semua itu dengan izin Allah le jua.
Ya Allah, bantulah hambamu ini. Berilah kekuatan kepadaku, anak isteriku, saudara maraku, sahabat handaiku dan semua muslimin muslimat untuk mentaati perintahMu dan meninggalkan laranganMU. Jadikanlah ramadhan kami kali ini lebih baik dari ramadhan yang terdahulu. Kasihani lah kami...Bantulah kami..Terimalah segala amalan kami. Kumpulkanlah kami bersama hamba-hambaMu yang soleh didunia dan akhirat. Pertemukanlah kami dengan Malam Lailatul Qadar, Ya Allah....Pilihlah kami termasuk hamba-hambaMu yang bertemu dengan malam itu. Ya Allah...Terimalah taubat kami. Ya Rahman...,. Permudahkanlah segala urusan kami ,Ya Rahim..., kasihilah kami di dunia dan akhirat. Amin, amin Ya Rabbal A'lamin....
mampu kah diri ini membuang semua perasaan yang membahagiakan ini?perkahwinan berlandaskan percintaan yang mengikut landasan sangat manis kenikmatanya...papepun ramadhan membawa seribu rahmat untuk menjadi org yang bersabar dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
ReplyDeleteramadhan mrupakn bulan yg penuh rahmat dan keberkatan..jadi hargailah dan manfaatkan sebaik-baiknya
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteRamadan Al-Mubarak!!!