Sunday, November 8, 2009

INSYA ALLAH

Sejak dari kecil kita dah diajar bila nak buat atau janji sesuatu sebutle INSYA ALLAH. Kita berharap apabila sebut macam itu Allah akan izinkan atau permudahkan segala urusan kita. Malangnya, hari ini perkatan tersebut dijadikan alasan untuk tidak menunaikan janji. Sekarang ni, bila kawan berjanji sesama kawan, suami berjanji dengan isteri mahupun pelajar berjanji dengan guru, bila sebut je INSYA ALLAH maknanya janji tidak akan ditunaikan. Seolah-olah sebutan INSYA ALLAH dijadikan sebagai satu penolakan secara halus sesuatu janji itu. Pernah seorang rakan saya yang bukan Islam mengatakan apa yang dia faham apabila rakan islam menyebut INSYA ALLAH maka tak jadilah apa yang dirancang atau dijanjikan.

Ini amatlah mendukacitakan kerana seolah-olah perkataan tersebut dipermainkan. Mengapa lah bermain-main dengan nama Allah. Sebenarnya seseorang muslim wajib menunaikan janji bila berjanji. Hanya sebenarnya apabila ada sesuatu urusan atau halangan barulah diizinkan untuk tidak berbuat sesuatu yang telah dijanjikan. Maaf juga perlu dipinta. Sememangnya kita tidak mampu menahan atau menghalang apa yang Allah telah tetapkan. Tapi, sekiranya sedari awal lagi telah diketahui kita tidak mampu hadir atau buat, lebih baik berterus teranglah. Janganlah mengharapkan rakan akan faham bila kita tidak hadir kerana kita dah sebut INSYA ALLAH. Perbetulkan persepsi kita orang Islam dan janganlah kita menjadi penyebab orang bukan Islam memandang negatif kepada ISLAM.

Selepas ini, bila kita berjanji sebutlah INSYA ALLAH dan tunaikanlah. Dapat pahala dan tidaklah kita sombong dengan kekuatan yang kita ada. Sesuailah dengan perintah Allah yang berbunyi....

QS.18:23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu:
"Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi,
18:24. kecuali: "INSYA ALLAH". Dan
ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah:
"Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada
yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini."

Wallahualam....

4 comments:

  1. Hai tadi balik awal kata nak pergi ziarah kematian.... top top 'post' blog pulak!

    ReplyDelete
  2. Salam,
    We must keep our promise furthermore if said in the name of Allah!

    ReplyDelete
  3. Tu laa, rumah jadi tempat persinggahan saudara mara yang ke hospital Kuala Kangsar. Sempat lak tu buat posting yang dah lama terbengkalai, ahak2. Apa pun ada 2 game lagi ni... See you Tn Hj Zuhairi & Ustaz Abd Halim, kita tentukan siapa yang ke suku akhir..., hahahahha

    ReplyDelete
  4. payah bha mau anta komen...penat sek ku ani cuba bnyak kali...internet ok gak cni tapi sush banar mau anta...

    ReplyDelete