Friday, September 4, 2009

Hadiahku

Ya Allah, Ku hadiahkan Fatihah ini buat diri ini, roh ini, jasad ini, jiwa ini, fikiran ini, perasaan ini semoga sentiasa mentaati segala SuruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu, mendapat keampunan dan keredhaanMu, beroleh ketenangan di dalam lautan Rahman dan RahimMu

Ku hadiahkan juga Fatihah ini Buat Rasulku Muhammad yang ku rindui, semoga aku sentiasa dapat mengikut sunnahnya dan terpilih dalam golongan mereka yang mendapat Syafaat dari nya di akhirat sana.

Tidak lupa ku hadiahkan fatihah ini buat buah hatiku, ibu bapaku yang dikasihi semoga sentiasa dilindungi Allah, dikumpulkan bersama mereka yang solihin dan sentiasa dalam keampunanMu

Fatihah ini buat semua Guruku yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, semoga sentiasa dalam taufik dan hidayahMu, mendapat tempat di sampingMu dan beroleh pahala ganjaran dariMu

YaAllah, Hadiah fatihah ini dariku buat ahli keluargaku, saudara maraku, sahabat handaiku dan mereka yang bersamaku semoga sentiasa didalam bimbinganMu, peliharaanMu dan Kasih sayangMu

Hadiah Fatihah dariku buat semua wali2 Allah, alim2 ulama', para syuhada, semoga aku sentiasa tenang bersama mereka.

Ku hadiahkan Fatihah buat semua muslimin dan muslimat, mereka yang mengenaliku, baik yang mengasihiku mahupun yang membenciku, yang mendekatiku ataupun yamg menjauhiku agar sentiasa kami saling sayang menyayangi keranaMu.

AL FATIHAH...

3 comments:

  1. Terima kasih seandainya teman dalam golongan yang disenaraikan. Baca fatihah tu betul-betul!

    ReplyDelete