Saturday, August 15, 2009

DI MANA KO GULA....




Sekarang kita kecoh lagi pasal gula. Gula habis! Gula Tiada! Macam le gula tu kena dapatkan dari negara Teluk. tahun lepas pun dah kecoh. Yang herannya, lepas je harga gula naik tiba-tiba je gula banyak di pasaran. Mungkin hujan gula agaknya bila harga naik. Lepas tu, semua orang lupa pasal gula ni. Ialah, melayu mudah lupa.

Apa masalah sebenar dengan gula ni. Peliknya, gula akan habis di pasaran bila hampir ramadhan. Macam le orang Islam ni makan gula untuk berbuka dan bersahur. Yalah, bukan puasa lagipun. Siapa yang control gula di pasaran. Kalau mengikut satu pendapat, 90% pembekalan bahan runcit dikuasai oleh bukan Islam. So what? Mana perginya gula yang ada di pasaran sebelum ni. Sebulat hati sungguh mereka untuk tak nak jual gula tu banyak2. Yang herannya, tiap-tiap tahun menteri beritahu akan ambil tindakan tegas. Mana tindakannya? Pengguna juga yang tanggung akibat. Dah tahu kena buli pun, pengguna cepat sangat panik. Mintak beli gula banyak-banyak.Kalau ikut dalam piramid makanan tu, bukan perlu banyak sangat pun. So, nak buat apa? OOO, ubat kencing manis...


Orang Islam kena buat sesuatu. Tak kira le parti apapun, nampak bodoh sangat semuanya. Pasal gula pun dah tak boleh nak uruskan. Cakap pasal kehebatan memerintah. Selesaikan le cepat. Yang konon-kononnya hebat bila belum memerintah ni, tunjukle skill macam mana nak selesaikan masalah gula ni. Bertindak le ataupun bagi le cadangan, bukannya dok komplen je. Tak kira le pejuang bangsa ke, pengkhianat ke, ulama' ke, menteri besar ke, speaker ke, bagile penyelesaian dalam hal gula ni saja. Baru le betul hebat. Tak kan le hal gula ni hal kecik kut. Cakap berjuang untuk rakyat. Kata diri tu hebat sangat. Haaa, selesaikan. Yang dok mintak hak sama rata tu pun sama. Baru control GULA dah 'manipulate' habis-habisan. Macam mana orang nak percaya kalau puak ni dapat control negara. Mungkin, manipulasi habis-habisan le kan. Peduli ape, janji puak kau orang yang kenyang. Haa, ni betul punya mengarut dah ni. Kalau nak pulaukan gula pun masalah juga. Nanti kalau kurang gula dalam badan....
Yang penting kalau tak de gula pun tak kan le tak boleh manis pada senyuman, kan.. kan...(macam dalam nasyid Raihan tu)

Lepas tu bila dengar le pulak cerita nak buat gula ni , sebagaimana diceritakan oleh orang yang tau benar pasal proses penghasilan gula di Chuping, Perlis sebab dia terlibat secara langsung (p.s cerita ini perlu diselidiki kebenarannya). Kata orang tu, apabila cukup setahun, maka ladang tebu tu akan dibakar. Selesai dibakar, maka jentolak-jentolak pun akan menyodok batang-batang tebu tu. Ceritanya di sini, sebagaimana hampa tau, ladang tebu tu macam hutan rimba jugak la, dihuni oleh segala macam menatang termasuk ular. Kawasan semak la katakan. Apabila dibakar, mana-mana menatang hat tak dan lari tu akan rentung sama. Bangkai-bangkai menatang ni la yang akan disodok bersama-sama batang-batang tebu tu untuk diproses menjadi gula. Katanya lagi, air gula yang terhasil pada peringkat pertama cukup hitam dan kotor, macam air acar (bukan acar hat lauk kenduri tu, hat tu sedap, acar ni kira macam perlimbahan la, macam air parit longkang). Walaupun gula yang kita guna la ni gula putih, tapi kandungan dia dah tentu tak suci sebab dah sebati dengan zat-zat bangkai menatang tu.

Patut la hati gelap semacam saja, doa pun macam tertahan-tahan nak dimakbulkan. Ada harapan lagi ka nak dapat makanan sesuci makanan budak-budak tahfiz?

5 comments:

  1. kepada cikgu2 sains.. sila buat kajian kalo2 ada apa bahan yang boleh menggantikan gula pada harga yang lebih murah & banyak..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Brown sugar is better and easily found in emporiums and supermarkets. It is better for diabetic people and a very good option for everyone!

    ReplyDelete
  3. Kalau guna brown sugar tu, rasa tak berubah ke? Takut tak sedap le pulak...

    ReplyDelete
  4. kalau budak sains buat kajian harap2 jumpa sugar yang betol2...jngan jumpa bapak gula(sugar daddy)...huuhhhwaaa..

    selamat berpuase...satu kelegaan pade eja bile konvokesyen upsi yang penuh kontroversi kononnye akn diadakan lpas raye tak jadik...eja dah slamat berkonvo n minggu dpn berpuase dengan kelegaan dan penuh persediaan.insyaAllah

    ReplyDelete
  5. Salam,
    If you get a 'sugar-daddy' then coming Raya would be sweeter than sugar, I suppose ... meant to be a joke, must laugh! HA! HA! HA!

    ReplyDelete