Saturday, August 29, 2009

BILA DIRI DISAYANGI

Ibnu Al Qayim (rahimullah) berkata : “Hal-hal yang menyebabkan cinta Allah SWT kepada hambanya


PeRTaMa
Membaca Qur’an, merefleksikan dan mengerti kandungan dan maknanya.

KeDuA
Mendekati Allah SWT, melalui ibadah-ibadah pilihan, setelah memenuhi ibadah wajib.

KeTiGa
Secara terus-menerus dalam zikir [ingat] kepada Allah SWT, dengan lidah, hati dan jiwanya, dalam segala keadaan.
Semakin istiqamah berzikir, semakin berkembang dan mendalam rasa cinta itu.

KeEmPaT
Memberikan lebih dahulu apa yang Allah cintai di atas cinta pribadi, ketika diri dikuasai oleh keinginan diri.

KeLiMa
Mengenali dan mengingat pemberian dan kenikmatan yang Allah SWT berikan baik yang terang maupun yang bersifat tersembunyi [tak nampak mata].

KeEnAm
Menjadi rendah hati dan taat di hadapan Allah SWT, dan ini hal yang paling penting.

KeTuJuH
Membaca Qur’an, selama waktu dimana Allah SWT Turun ke surga terendah [yaitu saat sepertiga malam terakhir], menyelesaikan bacaan Qur’an ini dengan memohon ampunan dariNya dan tafakur pada Allah SWT.

KeLaPaN
Duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah SWT dengan tulus hati, rauplah manisnya buah dari pembicaraan mereka, dan tidak bicara kecuali ada manfaat di dalamnya, dan bahwa engkau tahu pembicaraan itu akan meningkatkanmu dalam kebaikan dan akan bermanfaat bagi orang lain.

KeSemBiLan
Menjauhi seluruh sebab yang menjadikan kalbumu jauh dari Allah SWT, Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

Bersama-samalah kita mendapatkan kasih saying Nya .

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

(korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Monday, August 24, 2009

NAFSU OH NAFSU

Masuk hari ni dah 3 hari dah ko kena belasah. Sebentar tadi je, ko terlentang bila nak ajak aku keluar membeli belah. Siap terpandang ayam golek pusing lagi. Tiap kali ada je rasa teringin, sori le aku nak ikut ko. Aku akan lawan habis-habisan. Masa ni le ko lemah. Bila malam ko dah agak kuat sedikit. Tapi aku tak beri langsung ko peluang. Ku pijak2 ko dengan sembahyang jemaah, tarawikh dan tahjud. Ku tenyeh2 ko dengan tadarus Quran. Aku gelek ko selumat-lumatnya dengan tazkirah ramadhan. Tapi semalam ko kalahkan aku. Tak susah pun aku ko kalahkan. Dengan makanan ko gagal. Dengan gunakan perempuan cantik dan seksi pun ko tumpas(aku tak keluar rumahpun). Aku tumpas tadi malam dengan cerita di televisyen. Cis, tah apa2 le. Perjuangan mesti diteruskan. Aku akan kalahkan ko. Aku akan pastikan wujudnya ko ikut keperluan saja. Bantulah aku Ya Allah....

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI

Sedar tak sedar, esok dah nak puasa. Malam nanti kena le bangun sahur. Boleh ke nak bangun bersahur nanti ni. Kalau masa zaman jahiliah dulu, punye le malas nak bangun. Ada pulak kawan tu cadangkan bawa kurma ke tempat tidur waktu nak tidur. Jadi bila tersedar nanti terus le niat sahur dan makan kurma tu tanpa perlu bangun dari tempat tidur. Tak tahu le nak kategorikan macam mana sahur tu. Dari satu segi dapat le niat dan konon2nya bersahur. Dari satu sudut yang lain pulak, punye le tak senonoh makan kurma tu tanpa berkumur dan berus gigi lagi. Cis!!!!

Ada pulak kawan tu yang tak tido2 sampai waktu sahur. Macam2 benda yang dibuat sambil nak tunggu waktu sahur. Kebanyakannya, aktiviti2 santai le. Nak kata baca Quran, berzikir jauh sekali. Yang buat perangai macam ni biasanye akan tido lepas sahur. Sekali lagi kemungkaran akan berlaku. Puak ni biasanya tak sembahyang subuh. Aktiviti di siang hari adalah tidur dan tidur. Kat rumah tido, kat tempat keje tido, masa tido pun tido, ahak2.

Apapun zaman tu dah berlalu. Tahun ni nak buat yang terbaik. Manale tahu kut2 Ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir (macam dalam satu nasyid tu). Bercita-cita tak nak tinggalkan tarawikh. Berazam akan sembahyang malam sepanjang bulan puasa. Berniat akan tadarus Quran dengan istikhamah. Berharap akan banyak bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Merayu kepada diri sendiri, isteri dan anak2 supaya lebih berjimat cermat. Berdoa agar diberi kekuatan untuk beriktikaf di masjid terutama untuk 10 hari terakhir. Dan akan melakukan sebanyak mungkin perkara-perkara sunat.(Eh lupa lak, tak nak tinggalkan puasa, ahak2). Semua itu dengan izin Allah le jua.

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Berilah kekuatan kepadaku, anak isteriku, saudara maraku, sahabat handaiku dan semua muslimin muslimat untuk mentaati perintahMu dan meninggalkan laranganMU. Jadikanlah ramadhan kami kali ini lebih baik dari ramadhan yang terdahulu. Kasihani lah kami...Bantulah kami..Terimalah segala amalan kami. Kumpulkanlah kami bersama hamba-hambaMu yang soleh didunia dan akhirat. Pertemukanlah kami dengan Malam Lailatul Qadar, Ya Allah....Pilihlah kami termasuk hamba-hambaMu yang bertemu dengan malam itu. Ya Allah...Terimalah taubat kami. Ya Rahman...,. Permudahkanlah segala urusan kami ,Ya Rahim..., kasihilah kami di dunia dan akhirat. Amin, amin Ya Rabbal A'lamin....

Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang DiperintahNya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah...
Dengan RahmatMu Oh Tuhanku...
Ku Tempuh Jua

Tuesday, August 18, 2009

IKAN TONGKOL


Tadi sempat tengok sekejap program motivasi oleh Dr Malik dari SSTC (Smart Success Consultants). Program ni agak menarik dan penuh dengan pengisian yang agak menarik. Saya sendiri agak tertarik dengan beberpa kaedah yang beliau tunjukkan. Selepas habis program, kami sempatlah bertukar pendapat dan berkongsi idea bagaimana nak meningkatkan pencapaian anak-anak.

Beliau mengesyorkan agar saya memastikan sumber makanan mereka. Pastikan makanan anak-anak bukan saja halal tetapi berkhasiat. Banyakkan makan ikan tongkol, air soya, jus mengkudu, tempe dan lain-lain makanan berkhasiat. Ajak anak-anak sembahyang malam dan banyak bermohon dengan Allah. Selain itu, galakkan anak-anak belajar dengan kaedah yang mereka suka.

Ikan tongkol dikatakan mempunyai kandungan omega 3 yang banyak . Bahkan pertumbuhan sel otak manusia sangat tergantung pada kadar omega 3 secara cukup sejak bayi dalam kandungan sampai dewasa. Bila pada masa tersebut cukup tersedia omega 3 maka anak tersebut akan tumbuh dengan potensi kecerdasan maksima. Karena alasan itu, sejak ibu hamil perlu makan ikan dalam jumlah cukup sampai bayi yang dikandungnya lahir. (Kawan-kawan yang pregnant tu elok le makan bebanyak. Yang mengandung forever pun boleh le jugak makan, ahak2)

Minyak ikan tongkol (dan kebanyakan ikan) juga mempunyai kelebihan dan keunikan terutama pada kes kadar lemak darah tinggi yaitu boleh menurunkan lemak darah tersebut. Selain ikan bermanfaat untuk kesihatan jantung, ikan juga mengandung kalori rendah dan sesuai bagi mereka yang sedang mengikuti program diet.

Ayah dan Ibu

Puasa semakin hampir. Teringat le pulak pada mak dan ayah tercinta. Bukannya apa, biasanya kami akan sama-sama sambut puasa. Pada petang tu, kami akan berkumpul beramai-ramai. Emak akan masak rendang ayam. Ayah dan anak2 lelaki duduk bersama. Banyak perkara yang kami bincangkan. Tetapi suasana ini cuma tinggal kenangan. Tahun lepas, kami berkumpul kat rumah Yang Ana. Cadangnya tahun ni, mungkin kumpul kat rumah adik Ida.

Dah nak sambut puasa ni, elok le kita bermaaf-maafan. Saya mengharapkan supaya mak dan ayah sentiasa memaafkan saya terutama sekali sebelum mereka meninggal dunia. Saya meminta supaya isteri tercinta sentiasa memaafkan saya juga atas segala kesilapan zair dan batin. Di kesempatan ini merayu agar siapa saja yang saya pernah terkasar dan berdosa terhadap mereka dapat memaafkan segala kesilapan saya itu.

Saturday, August 15, 2009

DI MANA KO GULA....




Sekarang kita kecoh lagi pasal gula. Gula habis! Gula Tiada! Macam le gula tu kena dapatkan dari negara Teluk. tahun lepas pun dah kecoh. Yang herannya, lepas je harga gula naik tiba-tiba je gula banyak di pasaran. Mungkin hujan gula agaknya bila harga naik. Lepas tu, semua orang lupa pasal gula ni. Ialah, melayu mudah lupa.

Apa masalah sebenar dengan gula ni. Peliknya, gula akan habis di pasaran bila hampir ramadhan. Macam le orang Islam ni makan gula untuk berbuka dan bersahur. Yalah, bukan puasa lagipun. Siapa yang control gula di pasaran. Kalau mengikut satu pendapat, 90% pembekalan bahan runcit dikuasai oleh bukan Islam. So what? Mana perginya gula yang ada di pasaran sebelum ni. Sebulat hati sungguh mereka untuk tak nak jual gula tu banyak2. Yang herannya, tiap-tiap tahun menteri beritahu akan ambil tindakan tegas. Mana tindakannya? Pengguna juga yang tanggung akibat. Dah tahu kena buli pun, pengguna cepat sangat panik. Mintak beli gula banyak-banyak.Kalau ikut dalam piramid makanan tu, bukan perlu banyak sangat pun. So, nak buat apa? OOO, ubat kencing manis...


Orang Islam kena buat sesuatu. Tak kira le parti apapun, nampak bodoh sangat semuanya. Pasal gula pun dah tak boleh nak uruskan. Cakap pasal kehebatan memerintah. Selesaikan le cepat. Yang konon-kononnya hebat bila belum memerintah ni, tunjukle skill macam mana nak selesaikan masalah gula ni. Bertindak le ataupun bagi le cadangan, bukannya dok komplen je. Tak kira le pejuang bangsa ke, pengkhianat ke, ulama' ke, menteri besar ke, speaker ke, bagile penyelesaian dalam hal gula ni saja. Baru le betul hebat. Tak kan le hal gula ni hal kecik kut. Cakap berjuang untuk rakyat. Kata diri tu hebat sangat. Haaa, selesaikan. Yang dok mintak hak sama rata tu pun sama. Baru control GULA dah 'manipulate' habis-habisan. Macam mana orang nak percaya kalau puak ni dapat control negara. Mungkin, manipulasi habis-habisan le kan. Peduli ape, janji puak kau orang yang kenyang. Haa, ni betul punya mengarut dah ni. Kalau nak pulaukan gula pun masalah juga. Nanti kalau kurang gula dalam badan....
Yang penting kalau tak de gula pun tak kan le tak boleh manis pada senyuman, kan.. kan...(macam dalam nasyid Raihan tu)

Lepas tu bila dengar le pulak cerita nak buat gula ni , sebagaimana diceritakan oleh orang yang tau benar pasal proses penghasilan gula di Chuping, Perlis sebab dia terlibat secara langsung (p.s cerita ini perlu diselidiki kebenarannya). Kata orang tu, apabila cukup setahun, maka ladang tebu tu akan dibakar. Selesai dibakar, maka jentolak-jentolak pun akan menyodok batang-batang tebu tu. Ceritanya di sini, sebagaimana hampa tau, ladang tebu tu macam hutan rimba jugak la, dihuni oleh segala macam menatang termasuk ular. Kawasan semak la katakan. Apabila dibakar, mana-mana menatang hat tak dan lari tu akan rentung sama. Bangkai-bangkai menatang ni la yang akan disodok bersama-sama batang-batang tebu tu untuk diproses menjadi gula. Katanya lagi, air gula yang terhasil pada peringkat pertama cukup hitam dan kotor, macam air acar (bukan acar hat lauk kenduri tu, hat tu sedap, acar ni kira macam perlimbahan la, macam air parit longkang). Walaupun gula yang kita guna la ni gula putih, tapi kandungan dia dah tentu tak suci sebab dah sebati dengan zat-zat bangkai menatang tu.

Patut la hati gelap semacam saja, doa pun macam tertahan-tahan nak dimakbulkan. Ada harapan lagi ka nak dapat makanan sesuci makanan budak-budak tahfiz?

Friday, August 14, 2009

Isteri Solehah

Siapa isteri solehah? Yang jadi penyejuk mata, penghibur hati dan teman yang setia. Tak semua perempuan mampu jadi isteri solehah seperti mana tak semua lelaki adalah lelaki soleh. Bagaimanapun, seperti ketentuan, wanita solehah memanglah untuk lelaki soleh.

Sifat-sifat isteri Solehah


1) Membatasi pandangan hanya kepada suami.Dia puas dengannya dan tidak memandang selainnya , tidak membanding-bandingkannya dengan orang lain serta tidak mengharapkan perhatian daripada orang lain selain daripada suaminya.

2) Membataskan aktiviti2 hariannya di rumah menghadkan masa diluar rumah kecuali jika ada syarak menghalalkan dia berbuat demikian .

3) Bersegera meminta maaf meskipun dirinya dizalimi sabda Rasulullah saw; 'Mahukah engkau aku beritahu mengenai isteri-isterimi yang menjadi ahli syurga? Merekalah yang penuh kasih,subur dan suka meminta maaf.Iaitu isteri yang jika dizalimi dia berkata 'Inilah tanganku ada ditanganmu.Aku tidak akan tidur sehingga engkau redha kepadaku.' " ( H.R An-Nasa'ie)

4) Memenuhi hak2 suami dengan baik , mengasuh dan mendidik anak-anak dengan baik serta memenuhi hak kedua-duanya dengan baik.

5) Berusahalah supaya sentiasa tampil menarik setiap masa.Penampilannya cantik,aromanya wangi,tutur katanya lembut dan memikat dan baik tingkah lakunya .

6) Berusaha untuk tidak memperlihatkan hal2 yang tidak disukai suaminya.Isteri yang pintar tidak akan memperlihatkan darah haid atau nifas, tidak muntah , tidak membuang air kecil atau besar dihadpan suaminya , dengan alasan tidak perlu malu2 dihadapan suaminya lagi.Boleh jadi semua perbuatan sebegitu tidak disukai oleh suaminya.

7) Menghindari perkara2 yang boleh merosakkan penampilannya sebagai seorang wanita yang cantik kerana wanita diciptakan untuk berhias cantik.

8) Memberikan penghormatan kepada suami dengan sesuatu yang membahagiakan dan menyenangkan hatinya.

9) Pandai memasak serta pandai menjaga kebersihan diri , anak2 dan rumahtangga .

10) Cerdas dan cermat dalam bertindak,berbicara dan meminta.

11) Sabar,berani dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab dalam rumahtangga.

12) Menghantar suami kedepan pintu setiap kali suami berangkat ke tempat kerja,menyambutnya setiap kali dia pulang. Berterima kasih diatas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikkan kepadanya.

Thursday, August 13, 2009

IKHTIAR KITA VS H1N1

Satu ikhtiar untuk mengelak wabak Selsema Babi (H1N1) daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)

Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;




Wednesday, August 12, 2009

SEBAB PULUT SANTAN BINASA

Kekadang rasa risau bila terlibat sama dalam perbualan yang sia-sia lagi berdosa. Teringat ayat-ayat Allah dan hadis-hadis nabi menceritakan tentang perbuatan buruk ini. Tapi, kita selalunya menganggap ayat tersebut bukan ditujukan kepada kita. RENUNGKAN...

1. Al-Hujuraat ayat 12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani.

2. An-Nisaa' ayat 148
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang
yang dianiayakan.
Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

B. MENGADU DAN MENFITNAH
1. At-Taubah ayat 47
Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu
melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di
antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam
kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar
hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang
yang zalim.

Hadith-hadith Nabi berkaitan dengan:

A. MENGUMPAT
Menjauhkan Diri Dari Mengumpat
1. Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang
paling baik? Rasulullah s.a.w
bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah
dan tangannya


Tegahan dari mengumpat
1. Hadis Abu Hurairah r.a:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Adakalanya seorang hamba mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia
tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan
barat.

2. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
Perhatikan! Aku akan terangkan kepada kamu apakah dia Al-Adhhu? Ianya
adalah umpatan yang biasa diucapkan di kalangan orang ramai.
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda: Seseorang yang
biasa berlaku jujur, maka beliau akan dicatat sebagai orang yang jujur.
Sebaliknya orang yang biasa berbohong
(berdusta) maka beliau akan dicatat sebagai pembohong

B. BURUK SANGKA
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan
ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu
memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual
atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai
hamba-hamba Allah yang bersaudara.

C. MENGADU DAN MEMFITNAH
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang
yang suka menabur fitnah

Tuesday, August 11, 2009

TROJAN OH TROJAN

Tadi komputer saya telah dimasuki trojan dan beberapa virus lain. Akibatnya beberapa data saya rosak. Dari mana asal usul trojan ni. Begini ceritanye.......
Trojanadalah sejenis virus yang dapat menyebabkan komputer kita dikendalikan oleh orang lain.Dengan kata lain Trojan ini adalah "penyusup" kedalam komputer kita. Tapi kebanyakan orang masih belum mengetahui istilah Trojan itu berasal darimana. Dalam artikel kali ini saya akan coba menjelaskan asal-usul dari istilah Trojan.
Istilah Trojan Horse(Kuda Troya) berasal dari mitologi Yunani yaitu pada saat terjadinya perang Troya. Dalam peperangan tersebut, pasukan Yunani melawan pasukan kerajaan Troya. Pada saat itu pasukan Yunani telah mengepung kota Troya selama lebih dari 10 tahun. Namun, karena pasukan Troya cukup kuat maka pasukkan Yunani sulit untuk mengalahkannya. Setelah sekian berpikir bagaimana cara menaklukkannya maka pasukkan Yunani membuat sebuah strategi dengan membuat sebuah kuda raksasa yang terbuat dari kayu. Kuda ini sangat besar dan berongga sehingga pasukkan Yunani bisa masuk kedalamnya.
Pasukan Yunani pura2 mundur dan memberikan kuda kayu raksasa tersebut sebagai hadiah. Dengan bantuan dari seorang spionase Yunani bernama Sinon, penduduk kota Troya berhasil diyakinkan untuk menerima kuda raksasa tersebut dan memasukkanya kedalam kota. Pada malam harinya, pasukkan Yunani yang didalam kuda tadi keluar kemudian membuka gerbang kota Troya dan diserang. Dengan cara tersebut kota Troya dapat dikuasai oleh Yunani.Kisah epik tadi telah mengilhami para Hacker untuk menciptakan "penyusup" ke komputer orang lain yang disebut dengan Trojan Horse.

Itulah asal mula nama dari virus Trojan..

Saturday, August 8, 2009

Doa Mohon Supaya Dipermudahkan Segala Urusan/Hajat

Sila klik pada gambar untuk melihat tulisan dengan lebih jelas.

Friday, August 7, 2009

CERITA BERI SALAM

Ilmu utk dikongsi bersama : citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hiwabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada HJ ZUL ye" contoh lerr.. Bukannya : "Kirim salam kat HJ ZUL ye" . Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!Ingat kawanku..

Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"Assalamu' alaikum
Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'AvdeKokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN ,FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Thursday, August 6, 2009

AISHAH DITEMUI

Semalam Aishah telah ditemui berhampiran Pulau Seamat. Dikatakan Aishah ditemui oleh mereka yang memancing di situ. Akhirnya pencarian Aishah ditamatkan pada petang khamis setelah berbagai usaha dijalankan oleh banyak pihak. Kehilangan Aishah selama 5 hari diselubungi pelbagai andaian. Namun begitu hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada Aishah. Semoga apa yang terjadi menjadi panduan kepada semua pihak. Diharapkan keluarga Aishah lebih tabah menghadapi dugaan ini. Kita berdoa agar Aishah diredhai Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. AL FATIHAH.....

ORANG HILANG

Kisah orang hilang kat Kg Guar, Kuala Kangsar. Jenuh le jugak orang kampung, polis, rela, bomba, bomoh2, pawang2 dan orang2 perseorangan turun mencari. Masa tu tgh berkursus, 'night walk' katakan.... Dalam perjalanan tiba-tiba seorang peserta dikesan hilang. Di situle bermulanya pencarian mencari peserta ni. Masuk hari ni dah hari ke 5 budak perempuan tu hilang. Macam-macam teori dibuat dan diceritakan. Ada orang kata disorok Panglima Hitam. Ade pulak kata diambil Puteri 7 Beradik ( Takkan nak jadi 8 kut). Ade pulak beritahu kat situ ade perkampungan bunian. Ade juga yang mengandaikan peserta tersebut telah pun melarikan diri dari kursus tersebut. Tapi, Bapa budak perempuan tu pun ade sama mencari dengan penuh sabar. Suara si bapa memanggil nama si anak sering didengar sayu kat kawasan kem tersebut. Dalam proses mencari pun macam-macam cerita kedengaran. Ada yang beritahu ternampak kelibat peserta perempuan tersebut yang berbaju merah, berseluar putih dan bertudung hitam. Ade pulak yang terdengar suara perempuan yang menyahut panggilan. Apapun sama-sama kite mendoakan agar Nor aishah akan selamat ditemui. Siapa yang menemuinya tidak penting, yang penting beliau ditemui. Sama-samalah Kita berdoa agar Allah memudahkan urusan pencarian kerana Dialah yang menentukan segalanya.

Tuesday, August 4, 2009

Cara Masukkan Lagu Dalam Blog

Caranya mudah je. Mari ikut satu-satu. Antara websit yang kita boleh guna
http://www.fullmusik.co.cc/
http://www.imeem.com/
http://www.itoky.com/

Mula-mula customize, lepas tu ambil layout. Dalam layout ambil pulak add gadget. Seperti biasa dalam add gadget ni ambil le pulak HTML/javaScript. Kat sini kena le ambil code lagu yang korang nak tu dalam mana-mana laman web kat atas tu.

STEP 1(PILIH CUSTOMIZE DARI VIEW BLOG)



STEP 2 (PILIH LAYOUT )



step 3 (PILIH ADD GADGET)



STEP 4 (PILIH HTML)



STEP 5 (SEDIAKAN RUANG UNTUK TAJUK LAGU DAN CODE)




STEP 6 (PILIH LAGU YG DIKEHENDAKI DARI WEBSITE PILIHAN)



STEP 7 (COPY CODE LAGU TERSEBUT)



STEP 8 (PASTE DI TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN TADI)



STEP 9

SAVE DAN PUBLISH LAGU PILIHAN ANDA.

Monday, August 3, 2009

KEMATIAN SEMAKIN HAMPIR

Tadi saya berbual dengan beberapa orang budak sekolah mengenai H1N1. Selepas perbualan, terdapat beberapa dapatan yang menakutkan. Setakat 2 ogos, jumlah kes ialah 1429 dengan 6 kematian. Bermaksud kalau lebih kurang 3000 kes akan ada 12 kematian. Kalau 3 juta kes akan ada 12000 kematian. Kalau 27 juta rakyat malaysia kena penyakit ni, maka jumlah kematian bersamaan 108000. Adakah kita pasti kita tidak akan termasuk dalam 108000 tu. Apakah yang patut kita lakukan???