Tuesday, March 9, 2010

SAKA OR 'SUCKER'

Beberapa hari dulu, saya ada menerima dua orang tetamu. Dia seorang perempuan tua, berumur dalam tujuh puluhan. Di bawa oleh anak yang setia menjaga juga tidak berapa sihat. Perempuan tua tu beritahu, dia tak boleh tidur. Badannya sakit-sakit dan kelihatan agak uzur. Saya menasihati supaya dibawa ke hospital kerana beliau kelihatan agak lemah. Saya bersetuju mendoakannya dan tergerak bertanya kenapa dia kelihatan sedih. Perempuan tua tu bagitahu bahawa dia agak sedih kerana anak-anak cucu tak mahu melawat dan sering mendakwa dia ada saka. Mereka takut nak balik kerana takutkan gangguan saka tersebut. Saya bertanya siapa yang cakap yang makcik ni ada saka. Anak cucu le kata sebab mereka dah bawa ke hospital tapi doktor kata tak sakit. Lagipun, Si Ibu sering tercungap-cungap diwaktu malam. Semasa proses ruqyah dijalankan, makcik tu kelihatan agak tenang. Selepas sesi ruqyah saya minta izin untuk bercakap dengan si anak. Berdasarkan perbualan saya dengan si anak dan selepas sesi ruqyah, saya membuat kesimpulan bahawa sebenarnya makcik tersebut tidak pun mengalami sebarang gangguan. Sebenarnya mak cik tu sakit kerana sikap anak-anaknya. Pada saya itu cuma alasan mereka kerana tidak mahu menjaga si ibu. Mereka tidak mahu terganggu urusan harian hanya kerana menjaga si ibu yang sudah tua dan mulai uzur. Saya bersimpati pada si ibu kerana beliau tidaklah diganggu SAKA tetapi mempunyai anak-anak yang tidak berhati perut yang sebenarnya adalah SUCKER yang sebenar. Saya menasihati si anak supaya membuat pemeriksaan penuh dan bukan hanya sebagai pesakit luar.
Tadi malam saya dapat panggilan dari si anak. Si Ibu telah pulang ke pangkuan Ilahi. Saya terkedu. Saya tidak bayangkan kesedihannya kerana tidak dijagai oleh anak-anak yang amat beliau kasihi. Doktor mengesahkan si ibu meninggal kerana paru-paru berair dan sakit jantung. Bagaimanapun saya berharap agar si ibu memaafkan anak-anaknya...ALFATIHAH.

p/s: Jangan abaikan ibu dan ayah kita

5 comments:

  1. cikgu azam sila jwb tag kat blog saya copy soalan erk

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum....

    apabila ibu telah ke alam barzakh maka terputus doa si ibu buat anaknya.... kesimpulannya tercabutlah rahmat rezeki dari allah.... tambahan anak yang SUCKER(parasit) lagi akan hidup dalam balam bayang-bayang kegelapan....

    ReplyDelete
  3. Salam En Azam. Saya Razali. Kita kenal masa dlm perjalanan pulang dp seminar di UIAM Gombak. Email saya razali.labuan@gmail.com. Nak bangunkan blog x pandai lagi, sekian wassalaam.

    ReplyDelete
  4. Inna Lillahi Inna Ilahi Rajiun..
    Tuan Blog pun dah kembali kepada Nya...
    http://rozaimy.komputer.com.my/435#comments
    isy isy.. alang - alang tampal je sajak dia post kat sini huhu..

    Anak-anak ayah
    Dengar betu-betul pesan ayah
    Lepas ni tak boleh cakap dah
    Apabila kelu mulut dan lidah

    Sekiranya esok ayah pegi
    Jangan le anak ayah tangisi
    Tapi kalau sedih di sanubari
    Itu tanda anak ayah tetap dihati

    Nabi dulupun sedih juga
    Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
    Tapi jangan nangis lama sangat
    Banyak benda anak ayah kena buat

    Sedih lama sangat ayah tak mahu
    Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
    Ayah nak jumpa Dia
    Ayah menyahut seruan Nya

    Mula-mula sekali
    Pasal solat sudahlah pasti
    Kena buat setiap hari
    Jangan abaikan walau sekali

    Anak-anak ayah kena janji
    Kena jaga diri sendiri
    Ayah serahkan anak-anak pada Allah
    Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah

    Anak-anak ayah
    Mama tu kena le dijaga
    Waktu susah waktu selesa
    Selama ni dia dah berjaga
    Membesarkan kamu semua

    Kata-kata mama jangan dilawan
    Ayah tak de nak dibuat kawan
    Lagi satu ayah nak pesan
    Mama nak kahwin sila izinkan

    Bila ayah dah pergi
    Ayah dah tak de sapa-sapa
    Kalau anak-anak ayah sudi
    Doa-doakan ayah kat sana

    Kalau anak-anak ayah simpati
    Kirim-kirimlah fatihah
    kalau ayah dekat dihati
    Rajin-rajinlah bersedekah


    Bukannya apa
    Ayah dah tak de apa
    Amal pun tak seberapa
    Dosa yang bertimpa-timpa

    Doa-doakanlah ayah
    Semoga Allah tak marah
    Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
    Soal jawab diharap mudah

    Anak-anak ayah dah tahu dah
    Ayah nak anak-anak ayah
    Jadi hafiz dan hafizah
    Jangan hampakan harapan ayah

    Nanti bila ayah dah pergi
    Anak-anak ayah jangan kelahi
    Harta dunia ni macam daki
    Semua orang boleh cari
    Yang ada tu pakat le kongsi

    Amalan setiap malam jangan dilupa
    Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
    Solat malam diteruskan juga
    Walau terpaksa bersengkang mata

    Al quran dan Sunnah jadi panduan
    Ayah ingatkan sebagai bekalan
    Tinggalan oleh Rasul junjungan
    Buat umat sepanjang zaman

    Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
    Orang bawahan orang atasan
    Segala silap tolong maafkan
    Maklum le ayahkan Cuma insan

    Hutang ayah tolong selesaikan
    Guna duit ayah dalam simpanan
    Yang baki tu bahagi2kan
    Untuk yg hidup jadi bekalan

    Ingat le anak-anak ayah nak kata
    Pesan ni mesti dikota
    Hidup jangan bersengketa
    barulah kita tidak derita

    Sekian saja pesanan ini
    Untuk yang hidup dari yang mati
    Ayah ni jangan dilupai
    Lawatlah ayah jengukle sesekali

    Di pusara ayah menanti
    Amal sedikit temani diri
    Wasiat ayah sila turuti
    Supaya hidup bahagialah diri

    p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..

    Posted by AZAM KUALA KANGSAR

    Al Fatihah utk saudara Azam aka Abu Shariff yg telah meninggal dunia semalam 8/5/2010

    ReplyDelete
  5. dia mati membawa pergi kesedihannya sekali. tinggal la anak2 kehilangan ibu yang dikasihi.

    ReplyDelete