Beberapa hari dulu, saya ada menerima dua orang tetamu. Dia seorang perempuan tua, berumur dalam tujuh puluhan. Di bawa oleh anak yang setia menjaga juga tidak berapa sihat. Perempuan tua tu beritahu, dia tak boleh tidur. Badannya sakit-sakit dan kelihatan agak uzur. Saya menasihati supaya dibawa ke hospital kerana beliau kelihatan agak lemah. Saya bersetuju mendoakannya dan tergerak bertanya kenapa dia kelihatan sedih. Perempuan tua tu bagitahu bahawa dia agak sedih kerana anak-anak cucu tak mahu melawat dan sering mendakwa dia ada saka. Mereka takut nak balik kerana takutkan gangguan saka tersebut. Saya bertanya siapa yang cakap yang makcik ni ada saka. Anak cucu le kata sebab mereka dah bawa ke hospital tapi doktor kata tak sakit. Lagipun, Si Ibu sering tercungap-cungap diwaktu malam. Semasa proses ruqyah dijalankan, makcik tu kelihatan agak tenang. Selepas sesi ruqyah saya minta izin untuk bercakap dengan si anak. Berdasarkan perbualan saya dengan si anak dan selepas sesi ruqyah, saya membuat kesimpulan bahawa sebenarnya makcik tersebut tidak pun mengalami sebarang gangguan. Sebenarnya mak cik tu sakit kerana sikap anak-anaknya. Pada saya itu cuma alasan mereka kerana tidak mahu menjaga si ibu. Mereka tidak mahu terganggu urusan harian hanya kerana menjaga si ibu yang sudah tua dan mulai uzur. Saya bersimpati pada si ibu kerana beliau tidaklah diganggu SAKA tetapi mempunyai anak-anak yang tidak berhati perut yang sebenarnya adalah SUCKER yang sebenar. Saya menasihati si anak supaya membuat pemeriksaan penuh dan bukan hanya sebagai pesakit luar.
Tadi malam saya dapat panggilan dari si anak. Si Ibu telah pulang ke pangkuan Ilahi. Saya terkedu. Saya tidak bayangkan kesedihannya kerana tidak dijagai oleh anak-anak yang amat beliau kasihi. Doktor mengesahkan si ibu meninggal kerana paru-paru berair dan sakit jantung. Bagaimanapun saya berharap agar si ibu memaafkan anak-anaknya...ALFATIHAH.
p/s: Jangan abaikan ibu dan ayah kita
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
5 years ago
cikgu azam sila jwb tag kat blog saya copy soalan erk
ReplyDeleteassalamualaikum....
ReplyDeleteapabila ibu telah ke alam barzakh maka terputus doa si ibu buat anaknya.... kesimpulannya tercabutlah rahmat rezeki dari allah.... tambahan anak yang SUCKER(parasit) lagi akan hidup dalam balam bayang-bayang kegelapan....
Salam En Azam. Saya Razali. Kita kenal masa dlm perjalanan pulang dp seminar di UIAM Gombak. Email saya razali.labuan@gmail.com. Nak bangunkan blog x pandai lagi, sekian wassalaam.
ReplyDeleteInna Lillahi Inna Ilahi Rajiun..
ReplyDeleteTuan Blog pun dah kembali kepada Nya...
http://rozaimy.komputer.com.my/435#comments
isy isy.. alang - alang tampal je sajak dia post kat sini huhu..
Anak-anak ayah
Dengar betu-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah
Sekiranya esok ayah pegi
Jangan le anak ayah tangisi
Tapi kalau sedih di sanubari
Itu tanda anak ayah tetap dihati
Nabi dulupun sedih juga
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga
Tapi jangan nangis lama sangat
Banyak benda anak ayah kena buat
Sedih lama sangat ayah tak mahu
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu
Ayah nak jumpa Dia
Ayah menyahut seruan Nya
Mula-mula sekali
Pasal solat sudahlah pasti
Kena buat setiap hari
Jangan abaikan walau sekali
Anak-anak ayah kena janji
Kena jaga diri sendiri
Ayah serahkan anak-anak pada Allah
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah
Anak-anak ayah
Mama tu kena le dijaga
Waktu susah waktu selesa
Selama ni dia dah berjaga
Membesarkan kamu semua
Kata-kata mama jangan dilawan
Ayah tak de nak dibuat kawan
Lagi satu ayah nak pesan
Mama nak kahwin sila izinkan
Bila ayah dah pergi
Ayah dah tak de sapa-sapa
Kalau anak-anak ayah sudi
Doa-doakan ayah kat sana
Kalau anak-anak ayah simpati
Kirim-kirimlah fatihah
kalau ayah dekat dihati
Rajin-rajinlah bersedekah
Bukannya apa
Ayah dah tak de apa
Amal pun tak seberapa
Dosa yang bertimpa-timpa
Doa-doakanlah ayah
Semoga Allah tak marah
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah
Soal jawab diharap mudah
Anak-anak ayah dah tahu dah
Ayah nak anak-anak ayah
Jadi hafiz dan hafizah
Jangan hampakan harapan ayah
Nanti bila ayah dah pergi
Anak-anak ayah jangan kelahi
Harta dunia ni macam daki
Semua orang boleh cari
Yang ada tu pakat le kongsi
Amalan setiap malam jangan dilupa
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca
Solat malam diteruskan juga
Walau terpaksa bersengkang mata
Al quran dan Sunnah jadi panduan
Ayah ingatkan sebagai bekalan
Tinggalan oleh Rasul junjungan
Buat umat sepanjang zaman
Kawan-kawan ayah tolong beritahukan
Orang bawahan orang atasan
Segala silap tolong maafkan
Maklum le ayahkan Cuma insan
Hutang ayah tolong selesaikan
Guna duit ayah dalam simpanan
Yang baki tu bahagi2kan
Untuk yg hidup jadi bekalan
Ingat le anak-anak ayah nak kata
Pesan ni mesti dikota
Hidup jangan bersengketa
barulah kita tidak derita
Sekian saja pesanan ini
Untuk yang hidup dari yang mati
Ayah ni jangan dilupai
Lawatlah ayah jengukle sesekali
Di pusara ayah menanti
Amal sedikit temani diri
Wasiat ayah sila turuti
Supaya hidup bahagialah diri
p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..
Posted by AZAM KUALA KANGSAR
Al Fatihah utk saudara Azam aka Abu Shariff yg telah meninggal dunia semalam 8/5/2010
dia mati membawa pergi kesedihannya sekali. tinggal la anak2 kehilangan ibu yang dikasihi.
ReplyDelete