Tuesday, March 9, 2010

SAKA OR 'SUCKER'

Beberapa hari dulu, saya ada menerima dua orang tetamu. Dia seorang perempuan tua, berumur dalam tujuh puluhan. Di bawa oleh anak yang setia menjaga juga tidak berapa sihat. Perempuan tua tu beritahu, dia tak boleh tidur. Badannya sakit-sakit dan kelihatan agak uzur. Saya menasihati supaya dibawa ke hospital kerana beliau kelihatan agak lemah. Saya bersetuju mendoakannya dan tergerak bertanya kenapa dia kelihatan sedih. Perempuan tua tu bagitahu bahawa dia agak sedih kerana anak-anak cucu tak mahu melawat dan sering mendakwa dia ada saka. Mereka takut nak balik kerana takutkan gangguan saka tersebut. Saya bertanya siapa yang cakap yang makcik ni ada saka. Anak cucu le kata sebab mereka dah bawa ke hospital tapi doktor kata tak sakit. Lagipun, Si Ibu sering tercungap-cungap diwaktu malam. Semasa proses ruqyah dijalankan, makcik tu kelihatan agak tenang. Selepas sesi ruqyah saya minta izin untuk bercakap dengan si anak. Berdasarkan perbualan saya dengan si anak dan selepas sesi ruqyah, saya membuat kesimpulan bahawa sebenarnya makcik tersebut tidak pun mengalami sebarang gangguan. Sebenarnya mak cik tu sakit kerana sikap anak-anaknya. Pada saya itu cuma alasan mereka kerana tidak mahu menjaga si ibu. Mereka tidak mahu terganggu urusan harian hanya kerana menjaga si ibu yang sudah tua dan mulai uzur. Saya bersimpati pada si ibu kerana beliau tidaklah diganggu SAKA tetapi mempunyai anak-anak yang tidak berhati perut yang sebenarnya adalah SUCKER yang sebenar. Saya menasihati si anak supaya membuat pemeriksaan penuh dan bukan hanya sebagai pesakit luar.
Tadi malam saya dapat panggilan dari si anak. Si Ibu telah pulang ke pangkuan Ilahi. Saya terkedu. Saya tidak bayangkan kesedihannya kerana tidak dijagai oleh anak-anak yang amat beliau kasihi. Doktor mengesahkan si ibu meninggal kerana paru-paru berair dan sakit jantung. Bagaimanapun saya berharap agar si ibu memaafkan anak-anaknya...ALFATIHAH.

p/s: Jangan abaikan ibu dan ayah kita