Tuesday, March 9, 2010

SAKA OR 'SUCKER'

Beberapa hari dulu, saya ada menerima dua orang tetamu. Dia seorang perempuan tua, berumur dalam tujuh puluhan. Di bawa oleh anak yang setia menjaga juga tidak berapa sihat. Perempuan tua tu beritahu, dia tak boleh tidur. Badannya sakit-sakit dan kelihatan agak uzur. Saya menasihati supaya dibawa ke hospital kerana beliau kelihatan agak lemah. Saya bersetuju mendoakannya dan tergerak bertanya kenapa dia kelihatan sedih. Perempuan tua tu bagitahu bahawa dia agak sedih kerana anak-anak cucu tak mahu melawat dan sering mendakwa dia ada saka. Mereka takut nak balik kerana takutkan gangguan saka tersebut. Saya bertanya siapa yang cakap yang makcik ni ada saka. Anak cucu le kata sebab mereka dah bawa ke hospital tapi doktor kata tak sakit. Lagipun, Si Ibu sering tercungap-cungap diwaktu malam. Semasa proses ruqyah dijalankan, makcik tu kelihatan agak tenang. Selepas sesi ruqyah saya minta izin untuk bercakap dengan si anak. Berdasarkan perbualan saya dengan si anak dan selepas sesi ruqyah, saya membuat kesimpulan bahawa sebenarnya makcik tersebut tidak pun mengalami sebarang gangguan. Sebenarnya mak cik tu sakit kerana sikap anak-anaknya. Pada saya itu cuma alasan mereka kerana tidak mahu menjaga si ibu. Mereka tidak mahu terganggu urusan harian hanya kerana menjaga si ibu yang sudah tua dan mulai uzur. Saya bersimpati pada si ibu kerana beliau tidaklah diganggu SAKA tetapi mempunyai anak-anak yang tidak berhati perut yang sebenarnya adalah SUCKER yang sebenar. Saya menasihati si anak supaya membuat pemeriksaan penuh dan bukan hanya sebagai pesakit luar.
Tadi malam saya dapat panggilan dari si anak. Si Ibu telah pulang ke pangkuan Ilahi. Saya terkedu. Saya tidak bayangkan kesedihannya kerana tidak dijagai oleh anak-anak yang amat beliau kasihi. Doktor mengesahkan si ibu meninggal kerana paru-paru berair dan sakit jantung. Bagaimanapun saya berharap agar si ibu memaafkan anak-anaknya...ALFATIHAH.

p/s: Jangan abaikan ibu dan ayah kita

Thursday, February 18, 2010

TERTUDUH....

Semalam aku terima panggilan dari Balai Polis Kuala Kangsar. Rupanya nak mintak statement pasal satu tuduhan yang berlaku tahun 2008. Ish lama betul..., terpaksa le cari balik fail-fail lama. Menyusahkan betul....

Monday, February 1, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU


Saya mewakili diri dan keluarga serta kelab sofbol mengucapkan selamat pengantin baru kepada Cik Hazlina. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu dan hingga ke akhir hayat.

Sunday, January 10, 2010

MONOLOG 1

Sekarang ni macam-macam perkara orang dok perkatakan. Yang terbaru "Allah DiBicarakan". Tak tahu le ape sudahnya. Teringat saya dengan kata-kata 2 orang Guru yang saya hormati.

1. Biar ajelah...Allah tetap terpelihara..yg penting ialah umat Islam..apa sikapnya...

2. Membenarkan dan menyokong orang kristian menggunakan Kalimah Allah boleh membawa kepada kekufuran. Na'uzubillah...

Saya tidak berniat membicarakan apa keputusan mahkamah tetapi saya terdengar ada hujah yang mengatakan bahawa dari dahulu lagi Nama Allah telah digunakan oleh bukan Islam. Satu persoalan adakah sama Allah yang dimaksudkan oleh "Orang Kristian masa kini" dengan Allah yang orang Islam maksudkan. Adakah kita ingin mengizinkan jika orang kristian mengatakan bahawa Allah yang kita sembah sama dengan apa yang mereka maksudkan dalam konsep Trinity itu. Saya juga tertarik untuk mengetahui adakah nama Allah benar2 disebut dalam kitab2 mereka atau sekadar God atau Lord. Sebagaimana yang pernah saya baca,
Dalam Agama SAMAWI memang dinyatakan ALLAH itu sebagai Rabbul Jalil..Namun yang ada ketika ini ialah Kristian yg tiga dalam satu Tuhannya...begitu juga agama yahudi...bukan lagi mengikut syariat nabi Musa a.s. Dalil Al-quran itu ialah untuk Agama Samawi yang belum tercemar macam sekarang...(petikan dari blog Tok Belagak)


Ade pula hujah yang mengatakan adakah kita ingin menghalang orang orang kristian dari menyebut Allah sebagai Tuhan. Dari satu segi jika mereka mengatakan bahawa Allah itu sebagai pencipta alam, tentulah tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana nanti dengan fahaman orang2 Islam di negara ini. Nanti di suatu masa anak2 kita mungkin akan mengatakan bahawa aqidah orang kristian sama dengan orang Islam. Bahaya tu...

Bayangkan suasana melampau di bawah ini.
Tanya orang Hindu:

Hangpa nak pi mana? Saya nak sembah Allah di kuil.

Tanya orang Buddha:

Hangpa nak pi mana? Saya nak sembah Allah di wat.

Tanya orang Kristian:

Hangpa nak pi mana? Saya nak sembah Allah di Gereja.

Tanya orang Islam:

Hangpa nak pi mana? Saya nak sembah Allah di Masjid.

--------------------

Tuhan kita Tuhan yang Esa. Membenarkan penggunaan nama Allah pada tuhan-tuhan lain adalah menyamakan tuhan kita sembah dgn tuhan lain. Dan jugak berlawanan dengan maksud Kalimah Syahadah yang kita sebut saban hari dalam Tahiyat.

Yang jelas, datangnya Islam membetulkan semula fahaman yang salah umat terdahulu. Sedangkan jelas sekali Kristian tidak menerima Rasulullah. Isk, betul lagi ke macam tu..

Ade pula kekawan yang berani mengatakan bahawa dalam kitab2 injil ada disebut nama Allah. Saya minta kawan2 yang macam ni, hati-hatilah. Agenda bukan Islam ni besar dan licik. Tidak terdapat dalam mana-mana terjemahan Injil Latin yang menyebut nama Allah sejak 3000 tahun dahulu. Jika adapun, hanyalah terjemahan di Indonesia dan inilah yang cuba di bawa ke Malaysia.

Saya berharap sangat semua orang Islam berhati-hati membuat kenyataan. Tak kira apa pegangan politik kita, bersatu hatilah. Jangan mudah terpedaya...Apatah lagi melakukan sebarang keganasan. Islam itu Indah....

http://en.wikipedia.org/wiki/Allah


http://sitora09.blogspot.com/2009_02_01_archive.html


Friday, January 8, 2010

TERKEJUT DARI TIDUR

BARU-BARU NI SAYA TERIMA EMAIL DARI SEORANG SAHABAT. BEGINI KISAH DALAM EMAIL TERSEBUT.

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda
terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."

Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.

PILIHAN 1

Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2

"Oh baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3

Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah ALLAH saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari ALLAH.

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH. Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga, sebenarnya ALLAH menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.