Friday, July 31, 2009

ANTARA 9 SITI

DI MANA ISTERI-ISTERI KITA.

Antara 9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat
oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika
Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia
kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur
berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah
pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali
maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk
mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg
dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda
menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat
utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan
org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud
dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita
tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita
tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah
ini, insyaAllah

PANTUN HARI JUMAAT

HARI NI HARI JUMAAT
JAUHKAN MENGUMPAT
APATAH LAGI MAKSIAT
BANYAK-BANYAK LE BERTAUBAT

HARI NI KURANGKAN DIKIR
BANYAKKAN ZIKIR
JANGANLAH KIKIR
BANYAKKAN FIKIR

YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN
YANG BAIK JADIKAN TELADAN
BANYAKKAN BACA QURAN
JANGAN JADI SETAN

PEGI MASJID MAKAN PISANG
PISANG DIMAKAN DI TEPI KOLAH
KHUTBAH DIBACA TELINGA DIPASANG
LEPAS KHUTBAH TERUS SOLAH


Thursday, July 30, 2009

CIKGU OH CIKGU

I am looking For a Teacher

I am looking for a teacher
Who is beautiful inside
Honest with the students
Giving them a sense of pride

I am looking for a teacher
With a healthy self esteem
Who clearly states the rules
And doesn’t have to scream

I am looking for a teacher
Who creatively prepares
But Whose first priority
Is to convey that she cares

I am looking for a teacher
Who is interested, not aloof
Who treat her students with respect
Even when they goof

I am looking for a teacher
Who knows how to laugh and smile
Who enjoys what she’s doing
And goes the extra miles

I am looking for a teacher
Who believes all students can learn
Who praises their efforts and talents
They give their best return

I am looking for a teacher
Who communicates with parents well
Gently and carefully selecting words
When there’s problem to tell

I am looking for a teacher
Who will fill a child with desire
To love to learn more every day
With curiosity that won’t tire

I am looking for a teacher
Who encourages children to have a dream
To work at solving problems
Building their self esteem
There are some teachers out there
The kind I am looking for
For their student’s success

They have opened the door

WIRELESS DI KAWASAN PUSAT SUMBER

Makluman kepada semua.

Pusat Sumber kita sudahpun mempunyai wireless mereka tersendiri. Sama-samalah kita menggunakannya.

Wednesday, July 29, 2009

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK TAMBAHAN

Seminar di jalankan di Dewan Sri Mutiara SMKSTA. Disampaikan oleh En Mohd Norazam bin Azuddin. Sambutan pelajar amat menggalakkan.

Tuesday, July 28, 2009

KAABAH DI DEPAN MATA

Subhanallah
Aku sekali lagi menyaksikan kebesaran Ilahi. Rasanya kerinduanku terubat juga apabila menyaksikannya di depan mataku sendiri. Tidak dapat ku gambarkan debaran jantungku semalam apabila menyaksikannya. Tempat penginapanku betul-betul menghadap ke arah kaabah. Setelah puas menyaksikannya dari bilik, aku kan turun dan bergerak ke kaabah. Hasratku cuma satu. Aku ingin mengucup Hajarul Aswad. Aku sudah nekad... Kali ini aku akan cuba sedaya mungkin untuk mengucupnya. Aku teringat pesanan Cikgu Sabri. Kalau ingin mengucupnya, bergeraklah menyongsang arus. Teori ini aku ikuti. Aku sudah semakin hampir. Rasanya jarak yang aku perlu lalui cuma dalam beberapa hasta saja lagi. Ah, perjalananku menjadi semakin mudah. Belakang bahuku disentuh dari belakang. Siapa pula yang menarik bahuku. Bunyi loceng semakin kuat dan jarakku dengan Hajarul Aswad kembali jauh. Aku tersedar apabila melihat handphone ku berbunyi. Rupanya penggera jam handphoneku yang berbunyi. Ku lihat jam menunjukkan pukul 4 pagi. Kaabah di depan mataku hilang dari pandangan. Aku kehairanan. Yang kulihat cumalah dinding putih dibilikku. Ah, rasanya aku sudah turun ke Masjidil Haram sebentar tadi. Macam mana pula aku sudah berada di bilik. Aku membuka langsir tingkapku seperti biasa ku buat untuk melihat kaabah dari bilik penginapanku. Aku terkejut. Yang kulihat cumalah pokok mempelam dan kereta Unser hitamku. Rupanya aku belum lagi ke Mekah. Malam tu aku menangis di sejadah kerinduan lagi. Bilalah aku kan melihat Kaabah betul-betul dihadapan mataku. Aku cuma mampu mengharap. Ya Allah, makbulkan doaku. Aku ingin ke rumahmu...

Tuesday, July 7, 2009

KURSUS PEMANTAPAN JURULATIH UTAMA KAJIAN TINDAKAN 2009




Kursus dijalankan di Hotel Putra Kuala Lumpur. Puas le jugak mencari hotel ni.Ingatkan kat Chow Kit, tapi rupanya di Jalan Tun Razak. Not bad, ok le jugak hotel ni. Cantik le jugak, betul2 kat PUSRAWI. Malangnya jauh le jugak dari tempat membeli belah, ahak2

Saturday, July 4, 2009

Bulan Julai Dalam Hidupku

Julai datang lagi. Seperti biasa bulan ini adalah bulan kelahiranku. Bulan ini juga mengingatkan aku pada Julaina sahabatku semasa di Manchester. Apa khabar dia sekarang ya. Harapanku agar Julai ini memberikan aku kebahagiaan tidak seperti julai-Julai yang telah berlalu.